EPISOD 1:
Jarang benar Aiman mempunyai masa se senggang hari ini.
Selalunya hari hujung minggu adalah waktu paling sibuk buatnya, ke sana sini
untuk menyelesaikan hal-hal peribadi. Tapi, pagi ni, dengan hujan yang agak
lebat dan dengan suasana dingin, Aiman buat keputusan untuk tidak ke mana-mana.
Lagipun tiada apa-apa urusan penting yang perlu disegerakan, so, lepak kat
rumah bujang ni aje lah, kata Aiman di dalam hati.
Selepas solat, Aiman bermanguan seketika di jendela tingkap biliknya. Niat nak
memerhatikan titisan air hujan rahmat yang mencurah-curah itu. Mencari
ketenangan bagi merawat kekosongan hati. Chewahh! Jarang hujan di waktu pagi
hujung minggu. Memang sesuai untuk tarik selimut semula… Sambil merenung
kenderaan yang lalu lalang di hadapan rumah di Lincoln Avenue, fikiran Aiman entah
kenapa menerewang kepada seseorang yang telah agak lama beliau tidak bertanya
khabar.
Siti, rakan Aiman semasa di sekolah rendah membawa ke
sekolah menengah hingga sama-sama masuk universiti yang sama. Tetapi semenjak
Siti berhenti dari meneruskan pengajiannya, Aiman tidak berjumpa lagi dengan
Siti, juga tiada khabaran berita perkembangan terkini SIti. Sihatkah dia? Di
mana dia sekarang? Sudah berkahwinkah dia? Siapa suaminya, dan dah berapa orang
anak agaknya… Persoalan bertubi-tubi menerjah fikiran Aiman, satu-satu.
Aiman terasa pipinya hangat. Oh! Rupanya tanpa sedar Aiman rasa
sebak dan menitiskan air mata bila teringatkan Siti. Aiman membiarkan sahaja
air mata itu mengalir seketika, tetapi cepat-cepat mengesatnya sebelum Karim, rakan sebiliknya
perasan yang Aiman tangkap feeling.
“Tak macho la tangkap leleh, beb!” Antara kata-kata sinis Karim nanti…
Aiman terus melayan perasaan, menerjah jauh mengenang
saat-saat beliau berkawan, bergaduh, membebel, meroyan, bekerja bersama dalam
satu projek semasa di universiti dengan Siti. Sebenarnya, ramai lagi
rakan-rakan yang turut terlibat, tapi, entahlah, mengapa hanya SIti saje yang
terlintas di fikiran… Apa saja la memori
yang Aiman sempat singkap semula semasa bersama dengan Siti di sepanjang tempoh
mengenali Siti sejak kecil dulu. Senyum, ketawa kecil, sebak dan terharu,
berbaur-baur perasaan Aiman ketika itu.
No comments:
Post a Comment