PRAKATA
Kenangan. Ia tidak mampu diterjemahkan
dengan tutur kata. Ianya hanya mampu dipotret dan dinukilkan di atas layar memori.
Pahit atau manis, ianya memberikan sumber kekuatan dan inspirasi. Ia mengajak
insan bermuhasabah diri serta mengambil pengajaran untuk kemaslahatan di hari
muka.
Tidak perlu dikesalkan apa yang telah dan
tidak berlaku. Yakini bahawa perancangan Allah SWT yang terbaik, biar betapa
insan menginginkan sesuatu yang tidak Dia takdirkan untuk diri kita. Usahlah
merintih untuk sesuatu yang tidak dimiliki, sebaliknya bersyukurlah dengan apa
yang menjadi milik kita. Sesungguhnya tiada daya upaya kita melainkan dengan
kehendak dan iradatNya. Kita insan kerdil.
Kenangan. Biarlah ia kekal sebagai
kenangan.
No comments:
Post a Comment