EPISOD 3
Bagai anjing dengan kucing, begitulah
hubungan panas dan sejuk antara Aiman dan Siti untuk beberapa ketika. Pantang
berjumpa, mesti ada benda yang didebatkan dan dipertikaikan. Pasti ada saja yang tak kena. Rakan-rakan mereka akan
pelik jika sesekali Aiman dan Siti boleh berbual dan berdebat tanpa beremosi,
dan boleh pula bergurau senda. Walaupun begitu, dalam hati Aiman, perasaan suka
pada Siti tidak pernah berubah, tetapi hanya dipendamkan di dalam hatinya.
Seringkali Aiman berpolemik dengan dirinya
sendiri. “ Buat apa aku nak terhegeh-hegeh mengambil hati Siti sedangkan dia
tak suka aku “ Aiman membuat kesimpulan sendiri. “ Berkawan biasa aje la, tak
payah nak serius-serius ni bagai. Kau pun muda sangat lagi. Masih ada banyak
masa untuk membuat pilihan yang betul dan tepat “ Bisik hati Aiman di ketika
yang lain. “ Hmm, betul gak tu, periksa UPSR pun belum, ni nak cintan-cintan,
leceh lah … “ Aiman membenarkan bisikan hatinya tadi.
Aiman merasa lebih tenang selepas beliau
membuat keputusan untuk berkawan biasa sahaja dengan Siti dan melupakan hasrat
asalnya untuk menjadikan Siti teman istimewanya. Tak perlu lagi Aiman nak control macho bila
ada apa-apa hal dengan Siti. Kalau Aiman rasa perlu cakap walaupun perkara itu
mungkin menghiris hati SIti, Aiman akan cakap tanpa berlapik. Kalau Siti
marah-marah dengan Aiman pun dia buat tak tahu saja, selagi boleh tahan
telinga, dia layankan aje, tapi kalau dah hilang sabar, Aiman pulak membentak
Siti tanpa belas kasihan.
Aiman meneruskan kehidupan seperti biasa.
Kegiatan persatuan berjalan lancar. Pelbagai cabaran dan masalah berjaya
diselesaikan walaupun tak terkira keringat dan penat lelah ahli-ahli persatuan
tersebut. Aiman dan Siti pun tak terkecuali, turut bertungkus lumus walaupun
sering bermasam muka sesama mereka. Di samping sibuk dengan program sekolah,
Aiman dan Siti tidak lupa untuk menumpukan perhatian dalam pelajaran bagi
menghadapi peperiksaan UPSR tahun tersebut.
Aiman dan Siti lulus cemerlang dalam
peperiksaan UPSR tersebut, dan hasilnya ke dua-dua mereka melanjutkan pelajaran
mereka ke sekolah menengah. Mereka mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh yang sama, maka
hubungan anjing dan kucing mereka berterusan sehingga ke sekolah itu. Mereka
juga turut aktif dalam persatuan yang sama, dan masing-masing memegang jawatan
yang agak penting dalam persatuan tersebut.
Satu ketika, Siti dah beberapa hari tak
datang sekolah. Pada mulanya Aiman tidak ambil tahu, lantaklah dia nak datang
sekolah ke tidak. Beberapa program persatuan turut tergendala kerana Siti
penggerak utamanya turut tidak memberikan apa-apa kesan kepada Aiman. Ada juga
dengar kawan-kawan beritahu yang Siti sakit, tetapi Aiman tidak mengambil
serius sehinggalah Aliya, kawan baik Siti menangis-nangis beritahu situasi
sebenar Siti. Aiman tergamam seketika. Perasaan resah, sedih dan bimbang
tentang tahap kesihatan sebenar Siti membuatkan Aiman tidak senang duduk.
Baru Aiman tersedar, sebenarnya Aiman masih
menyimpan perasaan yang mendalam kepada Siti dan begitu mengambil berat tentang
Siti. Aiman tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Nak pergi ke rumah Siti,
perasaan takut tu ada, maklumlah ayah Siti seorang bekas tentera. Tak
pasal-pasal nanti Aiman kena marah sebab suka-suka datang rumah Siti tanpa
diundang. Aiman memberanikan diri bertanyakan nombor telefon Siti dari Aliya,
dan dari situ dapatlah Aiman mendengar sendiri dari mulut Siti tentang keadaan
kesihatan sebenar beliau.
Siti kata doktor pada masa itu tidak dapat
mengesahkan jenis dan punca penyakit Siti.
Sebak Aiman mendengar suara Siti yang lemah dan tak bermaya. Selepas
memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar Siti cepat sembuh, Aiman
cepat-cepat meletakkan telefon. Aiman tak nak Siti tahu yang Aiman menangis
sedihkan keadaan Siti yang sedang menderita melawan penyakit yang agak ganjil
itu. Masih nak control macho la Aiman ni. Sebelum meletakkan telefon, Siti
berkali-kali mengucapkan terima kasih pada Aiman kerana sudi bertanya khabar.
Agaknya, Siti pun tak percaya yang Aiman ambil berat tentang dia selama ni.
No comments:
Post a Comment